16 May 2012

Selamat Hari Guru




Assalamualaikum..

1. Sempena Hari Guru yang jatuh pada hari ini, saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah mengajarku sejak dari Darjah 1 (SK Kampung Perak) hingga Tingkatan 5 (SMK Dato' Kamaruddin, Batu Kurau) . Jasa kalian mendidikku tidak terbalas. Moga Allah memberikan pahala yang besar buat kalian semua.

2. Juga kepada ustaz-ustaz tempat aku menadah kitab kuning dan memberikan aku ilmu akhirat. Tanpa kalian aku tidak mampu dan sanggup untuk membaca sendiri kitab-kitab ini yang bahasanya sangat klasik.

3. Juga aku tujukan ucapan ini buat para pensyarah ku di UiTM Arau dan UiTM Shah Alam yang telah memberikan aku ilmu tentang perakaunan, ekonomi, pengurusan, percukaian dan audit.

4. Juga aku tujukan ucapan ini buat semua guru SMK Alang Iskandar, Bagan Serai.

Terima kasih semua..
Sekian..

Mohd Rasdi
013-5814516

Pengumuman

Assalamualaikum buat semua pengunjung.

1. Saya dengan ini membuat pengumuman bahawa saya bukan lagi 'wedding photographer' mulai tahun 2012. Banyak sangat pertanyaan yang saya dapat untuk quotation wedding photographer. Jadi, dengan pengumuman ini bakal-bakal pengantin tidaklah perlu membazir kredit telefon dan masa mereka untuk bertanya pakej wedding kepada saya. Saya mohon maaf kepada yang minta quotation sebelum ini kerana telah menyusahkan anda.

 2. Jadi blog ini untuk apa? Blog ini akan digunakan untuk mencatat perjalanan saya dan gambar-gambar yang diambil. Saya akan masih berada dalam bidang photography tetapi bukan wedding photographer...

Sekian....


Mohd Rasdi 013-5814516