19 November 2012

Shoot + Share : Belalang Kayu

Ini adalah kali pertama saya berjumpa dengan belalang ini. Rupanya memang sebijik macam kayu, kalau tak perhatikan betul-betul memang susah nak nampak. Nama saintifiknya belum jumpa lagi.Kalau dah jumpa nanti saya update ye.

Shoot ini menggunakan Canon 5d Mark2 + Canon EF 24-70 f2.8 L + Kenko ET + Canon 580EX2 + minisoftbox cap ayam piru.



14 November 2012

Shoot + Share : Sunset @ Ban Pecah


Assalamualaikum..

Minggu lepas berpeluang untuk shoot sunset di Ban Pecah, Kuala Kurau...(Kuala Kurau ke Tanjung Piandang??? Hantam saja la..hehehe).  Cuaca sekarang yang setiap petang hujan menyukarkan untuk shoot sunset. Tapi kalau cuaca kembali baik selepas hujan...warna langit memang wow.

Petang kejadian..ingatkan tak boleh pergi dah Ban Pecah sebab hujan lebat. Tiba-tiba pada jam 6 petang hujan dah berhenti...cuma rintik2 saja. Apa lagi...cargas la. 

Sampai dah lebih kurang jam 6.45 petang. Masih hujan renyai2. Dapat la shoot dalam 10 minit saja..hari dah gelap dan takut kamera mandi hujan. Hasilnya agak memuaskan..

Akan diulang shoot ini pada lain masa..adios.

Terima kasih.


03 November 2012

Shoot+Share : Macro







Bismillah..

Setelah begitu lama blog ini terbiar bersawang, akhirnya hari ini dapat mengagahkan diri untuk update.

Entry kali ini adalah gambar-gambar macro. Semua gambar macro kat diambil hanya kat tepi dan belakang rumah saja. Gear yang digunakan adalah Canon 5d Mark II + Canon 24-70 f2.8 L + Kenko Extension Tube + Flash Canon 580ex + Mini softbox cap ayam. Untuk macro shoot sebolehnya gunakan lighting untuk hasil yg lebih menarik. Tambahan pula kebanyakan serangga tinggal kat tempat yang kurang cahaya, dan gunakan manual setting.Tapi kalau nak hasil lagi hebat kena la guna Macro lens.

Ada 3 cara untuk mengambil gambar macro iaitu:

1. Gunakan lens macro. Contohnya :  Canon EF 100mm f2.8 L IS USM, Canon EF 100mm f2.8 USM, Canon EF 180 f3.5, Sigma 150 f2.8 EF DG HSM dan lain-lain. Penggunaan lens ini adalah yang terbaik untuk mengambil gambar macro.

2. Gunakan extension tube. Contohnya: Kenko Extension Tube. Tube ini tiada optik. Tube ini akan membolehkan lens untuk fokus lebih dekat daripada normal set minimum focusing distance. Kenko Auto Extension Tube Set mengandungi 3 panjang yang berbeza - 12mm, 20mm dan 36mm.

3. Gunakan reverse ring. Ini membolehkan lens dipasangkan terbalik yang akan membolehkannya mengambil gambar macro. Biasanya digunakan dengan lens 50mm. Tapi cara ini mendedahkan elemen dalaman lens kepada habuk dan bahaya lain.

4. Gunakan lensbaby Macro Kit.

5. Gunakan close-up filter. 



That's all for today. Thanks.


Mohd Rasdi (Photographer) Call / SMS 013-5814516