Ini adalah kali pertama saya berjumpa dengan belalang ini. Rupanya memang sebijik macam kayu, kalau tak perhatikan betul-betul memang susah nak nampak. Nama saintifiknya belum jumpa lagi.Kalau dah jumpa nanti saya update ye.
Shoot ini menggunakan Canon 5d Mark2 + Canon EF 24-70 f2.8 L + Kenko ET + Canon 580EX2 + minisoftbox cap ayam piru.
19 November 2012
14 November 2012
Shoot + Share : Sunset @ Ban Pecah
Assalamualaikum..
Minggu lepas berpeluang untuk shoot sunset di Ban Pecah, Kuala Kurau...(Kuala Kurau ke Tanjung Piandang??? Hantam saja la..hehehe). Cuaca sekarang yang setiap petang hujan menyukarkan untuk shoot sunset. Tapi kalau cuaca kembali baik selepas hujan...warna langit memang wow.
Petang kejadian..ingatkan tak boleh pergi dah Ban Pecah sebab hujan lebat. Tiba-tiba pada jam 6 petang hujan dah berhenti...cuma rintik2 saja. Apa lagi...cargas la.
Sampai dah lebih kurang jam 6.45 petang. Masih hujan renyai2. Dapat la shoot dalam 10 minit saja..hari dah gelap dan takut kamera mandi hujan. Hasilnya agak memuaskan..
Akan diulang shoot ini pada lain masa..adios.
Terima kasih.
03 November 2012
Shoot+Share : Macro
Bismillah..
Setelah begitu lama blog ini terbiar bersawang, akhirnya hari ini dapat mengagahkan diri untuk update.
Entry kali ini adalah gambar-gambar macro. Semua gambar macro kat diambil hanya kat tepi dan belakang rumah saja. Gear yang digunakan adalah Canon 5d Mark II + Canon 24-70 f2.8 L + Kenko Extension Tube + Flash Canon 580ex + Mini softbox cap ayam. Untuk macro shoot sebolehnya gunakan lighting untuk hasil yg lebih menarik. Tambahan pula kebanyakan serangga tinggal kat tempat yang kurang cahaya, dan gunakan manual setting.Tapi kalau nak hasil lagi hebat kena la guna Macro lens.
Ada 3 cara untuk mengambil gambar macro iaitu:
1. Gunakan lens macro. Contohnya : Canon EF 100mm f2.8 L IS USM, Canon EF 100mm f2.8 USM, Canon EF 180 f3.5, Sigma 150 f2.8 EF DG HSM dan lain-lain. Penggunaan lens ini adalah yang terbaik untuk mengambil gambar macro.
2. Gunakan extension tube. Contohnya: Kenko Extension Tube. Tube ini tiada optik. Tube ini akan membolehkan lens untuk fokus lebih dekat daripada normal set minimum focusing distance. Kenko Auto Extension Tube Set mengandungi 3 panjang yang berbeza - 12mm, 20mm dan 36mm.
3. Gunakan reverse ring. Ini membolehkan lens dipasangkan terbalik yang akan membolehkannya mengambil gambar macro. Biasanya digunakan dengan lens 50mm. Tapi cara ini mendedahkan elemen dalaman lens kepada habuk dan bahaya lain.
4. Gunakan lensbaby Macro Kit.
5. Gunakan close-up filter.
That's all for today. Thanks.
Mohd Rasdi (Photographer) Call / SMS 013-5814516
16 May 2012
Selamat Hari Guru
Assalamualaikum..
1. Sempena Hari Guru yang jatuh pada hari ini, saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah mengajarku sejak dari Darjah 1 (SK Kampung Perak) hingga Tingkatan 5 (SMK Dato' Kamaruddin, Batu Kurau) . Jasa kalian mendidikku tidak terbalas. Moga Allah memberikan pahala yang besar buat kalian semua.
2. Juga kepada ustaz-ustaz tempat aku menadah kitab kuning dan memberikan aku ilmu akhirat. Tanpa kalian aku tidak mampu dan sanggup untuk membaca sendiri kitab-kitab ini yang bahasanya sangat klasik.
3. Juga aku tujukan ucapan ini buat para pensyarah ku di UiTM Arau dan UiTM Shah Alam yang telah memberikan aku ilmu tentang perakaunan, ekonomi, pengurusan, percukaian dan audit.
4. Juga aku tujukan ucapan ini buat semua guru SMK Alang Iskandar, Bagan Serai.
Terima kasih semua..
Sekian..
Mohd Rasdi
013-5814516
Pengumuman
Assalamualaikum buat semua pengunjung.
1. Saya dengan ini membuat pengumuman bahawa saya bukan lagi 'wedding photographer' mulai tahun 2012. Banyak sangat pertanyaan yang saya dapat untuk quotation wedding photographer. Jadi, dengan pengumuman ini bakal-bakal pengantin tidaklah perlu membazir kredit telefon dan masa mereka untuk bertanya pakej wedding kepada saya. Saya mohon maaf kepada yang minta quotation sebelum ini kerana telah menyusahkan anda.
2. Jadi blog ini untuk apa? Blog ini akan digunakan untuk mencatat perjalanan saya dan gambar-gambar yang diambil. Saya akan masih berada dalam bidang photography tetapi bukan wedding photographer...
Sekian....
Mohd Rasdi 013-5814516
1. Saya dengan ini membuat pengumuman bahawa saya bukan lagi 'wedding photographer' mulai tahun 2012. Banyak sangat pertanyaan yang saya dapat untuk quotation wedding photographer. Jadi, dengan pengumuman ini bakal-bakal pengantin tidaklah perlu membazir kredit telefon dan masa mereka untuk bertanya pakej wedding kepada saya. Saya mohon maaf kepada yang minta quotation sebelum ini kerana telah menyusahkan anda.
2. Jadi blog ini untuk apa? Blog ini akan digunakan untuk mencatat perjalanan saya dan gambar-gambar yang diambil. Saya akan masih berada dalam bidang photography tetapi bukan wedding photographer...
Sekian....
Mohd Rasdi 013-5814516
Subscribe to:
Posts (Atom)










